Friday, June 20, 2014

Norman Tak Ambil Kisah Dengan Nota Mantan Wartawan Untuk Abby Abadi


Nukilan khas seorag bekas wartawan bernama Fauziah Samad, yang memberi komenterhadap isu perceraian Abby Abadi dan bekas suaminya, Farhan?
Malah, tak melampau kiranya kami tafsirkan bekas wartawan tersebut secara tak langsung memberitahu kronologi kehidupan rumahtangga Abby dari awal hingga kini.
Lebih mengejutkan, dia turut memberitahu bahawa Abby sebenarnya pernah berkahwin dan bercerai sebelum dia bernikah dengan aktor Norman Hakim.
ramai yang terkejut bila dengar berita tersebut kan? Maklumlah, ramai yang tidak tahu bahawa Norman merupakan suami kedua Abby setelah perkahwinan pertanyanya gagal.
Jadi, kesempatan bertemu Norman Hakim di majlis Ramadhan & Raya Media Preview anjuran Media Prima tak kami lepaskan untuk bertanya soal tersebut.
Menurut Norman, dia tidak mengetahui akan tuduhan dia merupakan suami kedua Abby ketika itu, dan dia langsung tak terkilan apabila bekas wartawan tersebut seolah-olah mengungkit perkara yang dah lepas.
Saya tak tahu, pada saya saya hanya alert ketika itu, sebelum itu saya tak tahu dan tak pernah ambil tahu, apabila dia buat begitu, saya pun anggap perkara dah lepas, tak jadi isu pada diri saya. Maksud saya itu hanya telahan, yang tahu hanya Allah dan individu tersebut.
Saya tak terkilan bila dia ungkit kerana itu pengalaman, pada saya ia membuatkan saya lebih kenal tentang kehidupan, mematangkan kita, mendekatkan, ini semua ujian-ujian dalam kehidupan duniawi. Ini semua dah biasa.
Malah, Norman turut menasihatkan bahawa sebagai manusia, sesiapa pun tidak berhak untuk mengadili atau membuat tafsiran kerana manusia tidak sempurna. Ha, kelas jawapan Norman!
Bagaimanapun, Norman mengakui hubungannya dengan Abby masih baik dan menganggap bekas isterinya itu lebih matang menguruskan hal perceraiannya kali ini.
Dia turut memberitahu bahawa sepanjang dia mengenali Farhan, jejaka itu merupakan seorang yang sangat baik kerana boleh menerima bekas isteri dan anak-anaknya.
Saya nampak dia (Abby) lebih tenang nak berdepan dengan situasi penceraian. Anak-anak pun dah dewasa, mereka pun faham.
Dia lelaki yang baik kerana dia menerima bekas isteri saya dan anak-anak saya sekali cuma tak ada jodoh dah. nak buat mcm mana. Isu cakaran tu, kita tak tahu kesahihannya, baik kita doakan yang terbaik dari buat spekulasi. Tak perlu jadi juri awam, pendekatan saya macam tu.


Awal Memdedahkan Gampat Pengutuk Anaknya

Awal tiba-tiba naik berang kepada salah seorang pengikut Scha di Instagram yang memberikan komen seolah-olah mengutuk anak yang dikandung Scha.


Pengikut atau follower itu yang merupakan seorang wanita dengan beraninya melemparkan kutukan menerusi satu komen ringkas di laman Instagram Scha-Alyahya dengan mengatakan bahawa dia bosan dengan sikap mengada-ngada Scha selain mendoakan anak mereka jadi sundal.
Awal yang kelihatan seperti tidak menahan kemarahannya, membalas komen si wanita dengan kata-kata yang pedas serta menyebarkan gambarnya di Instagram untuk tatapan peminat.
Berikut ialah dua jawapan marah Awal buat si wanita tersebut:
"Doakan semoga si polan atau anaknya nanti jadi orang yang baik baik, amin."
"You can change your IG name all you want but you cant change that ugly attitude of yours. I kasi u free publicity malam ni. I'm sure this is what u want, B."




David Teoh Perjelas Isu Nora Danish Kepada Diana Dianalle



Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth (MIG) Mejar (K) David Teo menganggap apa yang diluahkan pelakon, Diana Danielle mengenai foto suaminya, Farid Kamil berpegangan tangan dengan Nora Danish hanyalah satu salah faham sahaja dan mereka tidak semesra seperti yang disangka.
David Teo menjelaskan foto itu diambil atas permintaan media cetak yang mahukan Farid dan Nora nampak mesra seperti mengikut kehendak watak mereka sebagai suami isteri dan tidak lebih daripada itu.
Malah David Teo berkata dia sendiri sudah pun menghubungi pelakon Farid Kamil supaya menjelaskan situasi yang berlaku pada malam gambar diambil itu kepada Diana Danielle.
“Saya rasa ianya hanya salah faham sahaja kerana jika benar Diana cemburu atau bengang mengapa sebelum ini dia boleh menerima lakonan Nora dan Farid yang berpelukan dan sebagainya.
“Saya juga tak rasa apa yang diluahkan Diana itu ditujukan kepada MIG sepenuhnya,  tapi untuk tidak perkara ini berpanjangan saya sendiri sudah pun menghubungi Farid.
“Perkara pertama saya beritahu kepada Farid adalah jangan cepat melenting kepada tindakan isterinya itu. Mungkin isteri dia bersikap begitu kerana terlalu sayangkan suaminya, yelah siteri mana yang tak risau jika punya suami yang kacak dan popular begitu.
“Saya juga minta Farid perjelaskan kepada Diana bahawa gambar itu diambil hanya ketika mereka dikerumuni dengan jurufoto dan media yang meminta mereka melakukan aksi sedikit mesra mengikut watak dalam filem yang tidak lebih daripada itu.
“Malah, mereka berdua terus berpecah selepas itu dan tidak lagi bertemu kerana masing-masing sibuk dengan sesi temuramah bersama media,” katanya keapda murai.com.my ketika dihubungi.
David Teo diminta mengulas mengenai tindakan Diana Danielle malam semalam yang meluahkan rasa bengang dan cemburu ke dalam laman sosial Instagram apabila gambar Nora berpegangan tangan dengan suaminya dikongsi ke dalam Instagram sebagai promosi filem Pengantin Malam.
Pun begitu, David memberitahu isu tersebut tidak langsung mengganggu promosi filem Pengantin Malam yang baru mula ditayangkan semalam.
Selain Farid dan Nora pelakon lain yang membintangi filem seram itu adalah Nina Iskanda , Ellie Suriati dan ramai lagi.

Gambar-Gambar Comel Bayi Fauzi Nawawi & Lisdawati





Ketika gambar ini dirakamkan bayi mereka yang diberi nama  Ahmad Nur Fyrdaus itu baru berusia 6 hari. Walaubagaimanapun team Camora Arts telah berjaya mengabadikan gambar si comel itu dengan baik sekali. Berikut adalah gambar-gambar Fyrdaus yang telah diabadikan Lisdawati dan Fauzi










Azwan Ali Kutuk Adibah Noor?


Twitter Azwan Ali sememangnya sering menjadi perhatian ramai. Saban hari, ada sahaja isu yang diketengahkan oleh pengacara tersebut.
Namun, beberapa status yang dimuatnaik oleh Azwan menarik perhatian kami. Malah, ia dipercayai dibalas semula dengan sindiran sinis oleh Adibah Noor
Tak tahu daripada mana puncanya, suasana hangat ini dikatakan bermula apabila kedua mereka menghadiri sebuah majlis rancangan Ramadhan di RTM.
Adibah Noor juga dilihat seakan-akan tidak mengalah dan membalas status Twitter tersebut dengan sindiran yang tidak kurang pedasnya.

Tweet Dari Azwan Ali



Tweet balas dari Adibah Noor




Lagi Isu Nora Danish


Sebelum ini tak pernah pula didengar dua selebriti ini bergaduh atau apa-apa yang seangkatan dengannya.

Lepas dibaca artikel tersebut, maka barulahdiketahui bahawa isu ini timbul daripada sekeping foto berpegangan tangan dengan Farid Kamil yang dimuat naik oleh Nora. Over sangat ke adegan pegang tangan tu sampai Diana sound Nora?
Namun mereka berdua telah memadam foto-foto tersebut setelah ianya menerima pelbagai respon daripada para followers.
Macam biasalah, ada yang cakap sokong Diana sebab mempertahankan haknya sebagai seorang isteri dan tak kurang juga yang membela Nora Danish kerana menganggap ia hanya sekadar foto untuk promosi filem.
Malah, ada juga yang meletakkan kesalahan di bahu Diana kerana melabelkan wanita itu tidak profesional dan seakan-akan tidak faham dengan adat resam dunia lakonan sedangkan dia juga merupakan seorang aktres.
Apapun, masing-masing mempunyai pendapat sendiri disertai dengan pelbagai penafian.

Kiri : Dipetik dari Instagram Nora Danish
Kanan : Dipetik dari Instagram Diana Danielle

Sumber : hotlipscorner

Isteri Black Hanifah Mengidam?


Sebelum ini Black pernah menafikan perkara yang isterinya,Cira sedang mengandung anak sulung mereka. Tetapi berdasarkan beberapa screen shot yang didapati kita semua dapat mengagak yang Black Hanifah bakal menjadi ayah tidak lama lagi..



Pendapat anda?


Aidil Anggap Rita Melampau


Pening juga kepala. Tak tahulah mana yang betul. Rasanya mereka berdua ni memang kena ditemubual serentak supaya tidak timbul lagi cerita yang tidak selari.
Mana taknya, menurut Rita, Aidil langsung tidak bertanya khabar mengenai anaknya. Sebaliknya,  menerusi laporan Mstar Online, Aidil mendakwa bahawa Rita yang tidak membalas mesej yang dihantar.
Malah, Aidil memberitahu bahawa Zarema Zainal tidak pernah menghalang dia untuk berjumpa anak-anak dan sekaligus menafikan Whatsapp dan WeChat Rita Rudaini disekat oleh isterinya itu
Rita Rudaini dikatakan sengaja mahu memburukkan nama Aidil dan Zarema
“Selama ini isteri saya tidak pernah menghalang saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya terkejut apabila Rita menuduh isteri saya pula menyekat (block) aplikasi WhatsApp dan WeChat saya agar tidak dapat berhubung dengannya.
Rasanya tuduhan Rita itu sudah melampau. Andai kata memang benar WhatsApp dan Wechat disekat, SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) kan ada? Kenapa dia tak boleh SMS atau telefon saya terus?”
Pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) ini bagaimanapun mengakui tidak sempat melawat kedua orang anaknya, Rayyan dan Arjuna.
“Memang sejak berkahwin ini, saya tidak berkesempatan berjumpa dengan anak-anak kerana saya kini menetap di Johor. Sebab itu saya jarang jumpa anak-anak.
Tetapi saya ada tanya khabar mereka kepada Rita. Dia yang tidak balas mesej saya. Masa anak saya, Arjuna sakit pun dia tidak beritahu. Saya dapat tahu pun selepas Rita memuat naik gambar anak di Instagram dan apabila saya mesej dia tanya betul ke anak masuk hosiptal? Dia tak jawab pun.
Sebagai ibu kepada ana-anaknya, dia mesti beritahu saya apa-apa masalah berkaitan dengan anak-anak. Tetapi dia buat tak tahu sahaja. Dan kemudian lain pula jadinya apabila orang hentam dan tuduh saya langsung tidak pedulikan anak. Kenapa dia mesti burukkan nama saya?
Itu yang membuatkan saya lagi geram. Di mahkamah, saya mengalah dan beri hak penjagaan anak-anak kepada dia. Tetapi apabila anak sakit, dia tak cakap apa-apa pun kepada saya.”

Thursday, June 19, 2014

Dazrin Kamarudin Bakal Berkahwin


Akhirnya pelakon Dazrin Kamarudin mengakui bakal melangsungkan perkahwinan dengan aktres Amyra Rosli, 23, pada 8 Ogos depan. Ini bermakna, pernikahan mereka esok akan berlangsung ketika umat Islam masih meraikan Hari Raya iaitu dalam bulan Syawal. 

"Insya-Allah saya dan Amyra akan disatukan sebagai suami-isteri pada 8 Ogos depan iaitu dua minggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

"Saya memilih tarikh itu kerana ia bulan kelahiran Amyra dan dia dilahirkan pada tahun 1988. Jadi ia sebagai satu simbolik sebagai ingatan kami berdua," katanya dipetik sebagai berkata. 

Untuk info, mereka sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos 2013 iaitu selepas tiga tahun bercinta. 

Terdahulu, Dazrin mengakui merasa gementar untuk bergelar seorang suami. Bagaimanapun, dia mengakui sudah bersedia mengalas tanggungjawab tersebut. 

"Tanyalah pada sesiapa pun perasaan gemuruh itu pasti akan ada pada mana-mana lelaki yang bakal berkahwin tambahan pula tarikh untuk disatukan itu semakin hampir. 

"Pun begitu saya sudah bersedia untuk melayari alam rumah tangga bersama Amyra dan berharap perancangan ke arah itu berjalan dengan baik," ujar Dazrin yang ditemui media di sebuah majlis di Hotel One World, Bandar Utama, Petaling, Selangor. 

" Saya tidak melihat keputusan saya untuk menamatkan zaman solo akan memberikan impak negatif kepada kerjaya lakonan saya yang sedang meningkat," demikian pula kata Amyra, yang turut sama berada disamping Dazrin. 





Rita Tak Benar Aidil Dekati Anak


PETALING JAYA 19 Jun - Pelakon Rita Rudaini tidak membenarkan isteri kepada Aidil Zafuan, Zarema Zainal untuk mendekati anak-anaknya.
Menganggap wanita tersebut sebagai punca anak-anaknya kini terputus hubungan dengan Aidil, Rita juga tidak menolak berasa kecewa dengan bekas suaminya kerana mendakwa Aidil langsung tidak pernah menjenguk anak-anaknya selepas berkahwin.

"Orang yang memisahkan anak saya daripada bapa mereka tidak layak pegang anak saya.
"Semua orang tahu apa yang berlaku sewaktu saya masih menjadi isterinya, jadi dia tidak layak untuk bergelar ibu kepada anak-anak saya," katanya ketika ditemui pada Kempen Seindah Ramadan dan Anugerah Syawal TV3 dan TV9, di sini semalam.

Menurut Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 38, dia juga difahamkan Zarema sudah menyekat nombornya di dua aplikasi telefon Aidil iaitu WeChat dan WhatsApp.

Memandangkan sebelum ini kedua-dua aplikasi itu digunakan Rita untuk menghubungi Aidil bagi menyampaikan keadaan terkini anak-anak mereka, kini dia dan Aidil tidak lagi dapat berhubung.
"Sebelum ini Aidil yang minta saya memuat turun aplikasi WeChat, katanya senang mahu buat panggilan video dengan anak-anak. Bila saya sudah memuat turun dia sekat pula, jadi saya tanya Aidil dan dia beritahu apa yang berlaku.

“Memang saya sedih, sebelum ini dia (Aidil) sudah berjanji untuk bertanggungjawab dengan anak-anak. Tetapi tetap sama, saya sudah lali dengan janji-janji dia. Memang saya marah setiap kali anak saya tanya mana Daddy mereka, sebab saya yang ajar mereka mengenali siapa Aidil," katanya.
Rita dan Aidil atau Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak, 28, bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008. Bagaimanapun perkahwinan tidak kekal lama dan mereka berdua bercerai pada 5 September tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, ditanya soal penglibatan Aidil dalam bidang lakonan, Rita mengakui langsung tidak tahu mengenai perkara tersebut. 

Sumber :UTUSAN ONLINE



Rumah Mamat Khalid Di Rompak


Ipoh: Pengarah filem popular, Mohammad Mohd Khalid atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid, 51, kerugian kira-kira RM100,000 selepas rumahnya di Lebuh Hillview, Taman Ipoh Jaya Timur, di sini, dimasuki perompak. 

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi semalam, perompak berkenaan membawa lari kenderaan Mitsubishi Triton miliknya, termasuk wang tunai RM500, kamera antik, iPad dan alat permainan video. 


Isterinya, Hasmah Hassan, 50, berkata hanya dia bersama dua anaknya berada di rumah kerana suaminya menjalani penggambaran filem di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). 

Hasmah berkata, ketika kejadian dia bersama dua anaknya Mohd Khalid Adam Mohamad, 19, dan Nur Hassanah, 14, sedang tidur di bilik atas rumahnya sebelum menyedari kejadian itu ketika bangun untuk menunaikan solat subuh. 

Potong alat penggera 

Katanya, perompak berkenaan dipercayai memotong alat penggera keselamatan sebelum memasuki rumahnya melalui jeriji besi tingkap dan hanya mencuri barangan yang berada di tingkat bawah. 

“Perompak berkenaan masuk melalui tingkap pada bahagian tepi rumah hanya mengambil barangan di tingkat bawah rumah sahaja sebelum mengambil kunci kereta, kunci pintu hadapan serta kunci pintu pagar. 
“Walaupun mengalami kerugian, namun kami sekeluarga bersyukur kerana kami tidak diapa-apakan,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Nora Bengang Album Dicetak Rompak


Penyanyi kecewa Voices of Ummi jadi mangsa cetak rompak, kutipan kononnya disalurkan kepada badan amal 

Jumaat lalu, penyanyi Nora Ariffin meluahkan rasa kecewa di laman Facebook (FB) mengenai album Voices Of Ummi yang menjadi mangsa cetak rompak. 
Sebagai bukti, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu menyertakan gambar cakera padat (CD) cetak rompak di laman sosialnya. 

Lebih mengecewakan, Nora mengesyaki pihak terbabit cuba melindungi kegiatan mereka atas alasan agama dan dakwah dalam melariskan album cetak rompak berkenaan. 

“Saya terkejut sebaik dimaklumkan rakan kongsi mengenai kes terbabit. Mengikut ceritanya, beliau pergi bersolat di sebuah masjid di ibu kota. Kebetulan, ketika itu ada orang berniaga di situ.

Wednesday, June 18, 2014

Anak Che Ta Dan Zain Saidin


Dah tengok gambar imbasan bayi dalam kandungan Rozita Che Wan semalam? Comel sungguh babytersebut siap ada abs lagi.
Tapi cuma gambar sahaja yang boleh dikongsikan oleh Zain kerana jantinanya masih lagi perlu dirahsiakan.
Amboi, bukan main berahsia lagi selebriti sekarang. Nama anak, jantina, malah wajah anak baru lahir pun tidak didedahkan supaya orang luar semakin berteka-teki.
itu secara eksklusif untuk tontonan peminat di Astro tak lama lagi.


Ya, saya memuat naik gambar imbasan bayi dalam kandungan isteri saya, namun saya tidak boleh beritahu apa-apa juga tentang hal itu kerana ia akan disiarkan secara eksklusif di sebuah program terbitan Astro nanti.
Program lapan episod itu akan mendedahkan perjalanan bermula Rozita mengandung, persiapan bayi sehinggalah dia melahirkan bayi tersebut.


Pelanggan Fareeda Doa Mawar dan Fizo Jadi Peminta Sedekah


Status ‘amukan’ wanita tersebut  yang telah dimuat naik menerusi laman Facebook pada 7 Jun itu turut mengandungi kata-kata sumpah seranah yang ditujukan kepada pasangan tersebut.


Secara logiknya, mana ada orang nak mengamuk sakan tanpa sebab. Semestinya ada sesuatu yang meletuskan kemarahan seseorang itu melainkan dia sudah diisytihar sebagai orang gila. Itu exceptional, okay.
Amarah wanita ini ada juga asasnya. Bayangkanlah jika ianya kena pada batang hidung kita? Mahu lebih banyak caci-maki yang berlaku memandangkan tahap kesabaran yang sangatlah rendahnya.
Namun, mungkin wanita itu juga boleh mengambil pendekatan yang lain untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap pihak pengurusan Fareeda. Mungkin secara private message dulu?
Iyalahkan, rasanya tak elok pula sampai mendoakan pasangan tersebut (serta keturunannya pulak tu) untuk mengemis di kaki lima.
Bagi pihak pengurusan Fareeda pula, mungkin sudah tiba masanya mereka mencari penyelesaian bagi masalah ini. Konsep barang mahal dan eksklusif, tapi para pembeli kena duduk bermalam di kaki lima. Seriously?



Irma Hasmi Bakal Melahirkan Anak




Pelakon dan pengacara TV Irma Hasmie memanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana bakal menimang cahaya mata yang kedua iaitu bayi perempuan dan dijangka bersalin pada 18 Julai depan.
“Saya yang paling teruja kerana memang mengimpikan anak perempuan maka dengan keizinan-Nya lengkaplah keluarga saya,” ujarnya dalam majlis sidang media pelancaran Program Ramadan TV-Al Hijrah di PWTC.
Menurutnya, doktor yang mengesahkan yang dia dan suami Reza Syah Azmeer bakal menimang bayi perempuan setelah membuat beberapa kali imbasan bersama doktor tersebut.
“Pada mulanya saya agak resah kerana setiap kali membuat imbasan, saya dan suami masih belum nampak apa jantina bayi saya, dan Alhamdulilah imbasan itu akhirnya berjaya mengesan jantina bayi saya ini,” katanya.
Buat masa ini, Irma masih lagi aktif menjadi pengacara bual bicara Assalammualaikum walaupun sedang sarat hamil. Dia juga teruja menyambut kehadiran orang baru namun segala persiapan dibuat secara sederhana.
“Barangan milik Irfhan masih lagi elok dan saya hanya membeli beberapa keperluan seperti baju bayi perempuan dan barang-barang keperluan yang lain,” katanya.

Rakan Artis Bersubahat Sindir Nora Danish


Pelakon Nora Danish atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, akui terkejut apabila ada rakan artis yang turut bersubahat dengan bekas isteri kekasihnya, Nedim Nazri untuk menyindirnya tanpa pengetahuannya.
Sindirian itu berpunca apabila Nora dilihat kerap memuat naik foto bersama satu-satunya anak kekasihnya iaitu Nedrin bersama bekas isteri, Nabilah Khan.
Perbuatan Nora itu mendapat reaksi yang kurang menyenangkan apabila beberapa pihak memberi komen negatif menerusi Imstagram milik Nabilah termasuklah tuduhan Nora sebagai perampas.



"Terus-terang saya sangat terkejut dengan berita ini dan tidak sangka pula ada pihak yang tidak senang dengan kehidupan saya sekarang. Saya sendiri tak tahu siapa rakan artis itu.
"Tapi, salahkah saya muat naik gambar anak mereka? Saya memang suka ambil gambar dengan budak-budak kecil, saya rasa itu tidak salah.
"Lainlah kalau saya ini perampas dan baru logik saya tidak boleh bergambar dengan anak dia. Mereka berpisah sebelum saya kenal rapat dengan Nedim lagi," katanya kepada murai.com.my ketika majlis preview filem Pengantin Malam kelmarin.
Nora diminta mengulas apabila ada sekumpulan pihak yang memihak kepada bekas isteri Nedim termasuk rakan artis yang telah menyindirnya di sebuah laman sosial instagram daripada salah seorang individu daripada pihak tersebut.


Menurut Nora lagi, dia tidak menyangka bekas isteri kekasihnya itu bertindak sedemikian kerana dia sendiri tidak pernah berjumpa atau mengenali Nabilah secara rapat.
"Saya tidak pernah berjumpa apatah lagi bergaduh dengan dia dan saya juga tidak pernah buat kenyataan di media tentang dia atau keluarga dia pun.
"Saya pelik mengapa mereka berbuat demikian kepada saya, mungkin mereka iri hati dengan kebahagiaan saya sekarang.
"Mungkin juga sebab saya suka gambarkan kebahagiaan saya di Instagram dan tidak tahu pula ia menjadi masalah kepada orang lain,"luahnya lagi.
Sumber : Murai



Anak Farid Kamil Tak Jumpa Nenek


Umum mengetahui krisis yang sedang melanda antara Farid Kamil, Diana Danielle dan ibu Diana Danielle. Oleh kerana krisis tersebut, sehingga ke hari ini, Muhammad masih belum bertemu dengan neneknya. Sedih memang sedih, namun menurut Farid Kamil, Diana Danielle sendiri masih belum bersedia untuk bertemu dengan ibunya. Kata Farid menerusi Harian Metro:-
Sebenarnya, saya tidak ada masalah untuk membawa Muhammad bertemu dengan neneknya. Malah, saya ada berbincang dengan Diana mengenai perkara itu, namun Diana sendiri memberitahu dia belum bersedia untuk berjumpa dengan ibunya itu. Insya-Allah, kalau ada rezeki pasti Muhammad akan bertemu juga dengan neneknya nanti.





 Setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaianya. Yang penting kita perlu terus berusaha bagi memperbaiki keadaan tersebut. Harap Farid dan Diana dapat menjernihkan suasana yang keruh menjadi jernih. Amin





Peminat Piala Dunia Meninggal Tak Cukup Tidur



SUZHOU, China - Seorang peminat bola sepak mati dipercayai akibat kurang tidur selepas berjaga beberapa malam untuk menonton siaran langsung Piala Dunia.

Lelaki yang berusia 25 tahun itu ditemui mati di hadapan televisyen di rumahnya di Suzhou berhampiranShanghai.

Perbezaan waktu antara Suzhou dan Brazil adalah 11 jam.

Ini bermakna peminat bola sepak di China perlu berjaga sepanjang malam untuk mengikuti perlawanan Piala Dunia, lapor laman web Yahoo Sports.

Doktor berkata, kematian itu berkaitan dengan kurangnya tidur.

Bagaimanapun, masih tidak pasti sama ada ia disebabkan oleh keletihan atau kemungkinan serangan jantung, lapor agensi berita, Xinhua.

Kematian lelaki itu menunjukkan wujudnya peningkatan masalah obses terhadap internet dan televisyen di China.

Malah, hospital di China juga menyaksikan peningkatan bilangan pesakit yang dimasukkan dengan gejala keletihan semasa Piala Dunia 2006 dan 2010 yang berlangsung sebelum ini, lapor Xinhua.

Dalam Kejuaraan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012, seorang penyokong bola sepak juga dilaporkan mati akibat keletihan selepas 11 malam tidak tidur untuk menonton setiap perlawanan kejohanan itu. - Agensi
sumber: Kosmo

Isu Wings dan KRU



“Sudah banyak kali saya berhubung dengan Joe (gitaris) untuk berjumpa dengan semua anggota Wings. Sehingga kini saya masih menunggu tarikh yang sesuai daripada pihak mereka,” jelas Presiden Eksekutif KRU Music, Norman Abdul Halim ketika ditanya sama ada telah bersemuka dengan Wings mengenai kes cetak rompak album, Menakluk Kosmos daripada kumpulan itu.

Baru-baru ini Awie mengakui kesal menjalinkan kerjasama dengan pihak KRU Music Group dan menganggap syarikat itu seperti tidak diambil peduli terhadap apa yang berlaku.

Mengulas kenyataan itu, Norman berkata, pihaknya bukan sahaja membuat laporan polis, malah kes tersebut turut dipanjangkan pada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan selanjutnya.

“Kami telah membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti mana yang saya nyatakan sebelum ini.

“Malah laporan ke KPDNKK melalui RIM telah dibuat pada April lagi, sebelum pihak Wings sendiri membuat laporan polis.

“Buat masa sekarang, kami sedang menanti tindakan selanjutnya daripada pihak berkuasa,” ulasnya.

Dalam pada itu, Norman bagaimanapun enggan memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai kekesalan Awie terhadap kerjasama yang telah dijalinkan dengan syarikatnya.

“Mengenai hal ini, saya memang tidak mahu memberi sebarang kenyataan lebih lanjut tentang masalah dalaman yang berlaku antara pihak kami dengan mana-mana artis lain atau kakitangan pihak kami sendiri.

“Lagi pun kontrak kami bersama Wings hanyalah untuk satu album sahaja,” ujarnya.

Pada 20 Mei lalu, Wings telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Malawati, Hulu Kelang, berhubung empat lagu dalam album terbaharu mereka iaitu Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa Yang Tertunda dan Hei Lihat Sini telah dicetak rompak.

Sementara itu, Norman turut menafikan nama baik syarikat miliknya terjejas ekoran konflik yang berlaku.

“Sudah 22 tahun KRU bertapak dalam industri. Sepanjang perjalanan itu juga banyak pencapaian yang kami catatkan sama ada di dalam mahupun di luar negara.

“Bila perkara seperti ini berlaku, orang ramai boleh menilai sendiri,” tegasnya.

Norman juga memberitahu, biarpun isu ini masih belum menemui jalan penyelesaian, pihaknya masih menjalankan tanggungjawab sebagai penerbit album tersebut.

“Apa yang penting, sehingga hari ini kami masih meneruskan tugas mempromosikan lagu-lagu dalam album tersebut.

“Alhamdulillah sambutan album ini amat baik di pasaran sekarang,” katanya.
sumber: kezoom